Stonebay - Si Murai Penipu

Aku cuba terbang tak bersayap
Masih ada mulut yang busuk
Mengikut ku ke mana ku pergi
Aku sedar mana silapku
Dan mampu lagi tersenyum
Walaupun kau mahu ku tersungkur ke tanah

Usahlah teman dimandikan pagi
Jelas kau menipu untuk menyimpan hasratmu
Si murai penipu

Hatiku ini ingin selamat dari sangkar
Kemelut jiwa kau yang telah mengunci diriku
Hidup ini hanya sementara siapalah kamu
Inginkan segalanya sungguh sempurna

Usahlah teman dimandikan pagi
Jelas kau menipu untuk menyimpan hasratmu

Dan sekali lagi semboyan dibunyikan
Oleh si murai yang malang hidupnya
Dan sekali lagi hujan yang turun
Membasahi bumi yang ku pijak
Facebook Comments